Orang kata mustahil, dia
datang menunjukkan cek kepada mereka
"Rahsia penulis bebas Malaysia terbongkar!"

-
Bagaimana
seorang pelajar menghasilkan RM100 sehingga RM300
sejam daripada komputer
kemudahan percuma universiti.
-
Bagaimana pelajar yang sama
menghasilkan jumlah wang yang sama daripada komputer
terpakai berharga
RM250 berskrin hijau.
Selepas 5 tahun, pelajar ini
mendedahkan rahsia
Semuanya
dengan hasil penulisan dalam bahasa Melayu sahaja!
Daripada: Zamri Mohamad
Lokasi: Small Office Home Office,
Melaka
Assalam
alaikum, saya Zamri Mohamad. Sejak tahun 2001, saya mendapati
ratusan majalah dan akhbar memerlukan ramai penulis bebas untuk
menyumbang artikel kepada mereka.
Setiap artikel yang disiarkan
menerima honorarium atau saguhati. Bagi pelajar, ini membantu
perbelanjaan pengajian mereka sepanjang tahun di kampus.
Percaya atau tidak, honorarium
yang diterima banyak membantu saya sehinggalah saya tamat
pengajian. Sehingga kini ia masih memberi hasil yang sama
berkali-kali. Hari ini saya adalah penulis bebas sepenuh masa.
Bagi mereka yang bekerja,
honorarium yang diterima hasil daripada sumbangan artikel
menjadi pendapatan tambahan untuk menampung perbelanjaan bulanan.
Gaji mereka tidak dibelanja bagi tujuan membayar bil, pinjaman
dan kos-kos tetap lain.
Sebaliknya wang honorarium digunakan
bagi menampung perbelanjaan tersebut. Mahukah anda mendapat
hasil yang sama seperti yang saya kongsikan?
Bermula daripada zaman kampus,
saya menggunakan makmal komputer selama dua jam sehari bagi
menulis.
Kemudian saya gunakan komputer rakan-rakan sehinggalah
saya memiliki komputer terpakai berharga RM250. Kini saya masih
menulis dalam akhbar dan majalah menggunakan komputer peribadi.

Saya ingin berkongsi cara
bagaimana hasil penulisan anda dapat disiarkan dalam akhbar dan
majalah.
Saudara tidak perlu meletakkan jawatan dan bersengkang
mata sehingga tengah malam bagi menjadi penulis bebas sambilan.
Jadikan komputer yang anda miliki di rumah sebagai penjana wang
aktif anda pada hari-hari biasa atau pada hujung minggu.
Sejak 2006 saya mendedahkan rahsia ini dalam sebuah buku yang
terbukti membantu

Ketahui bagaimana cara hendak
menambahkan pendapatan dengan menulis artikel di majalah-majalah.
Menjadi seorang penulis bebas
tidak sekadar tertakluk kepada bakat semata-mata.
Buku ini disediakan khusus bagi mereka yang mahu
menjadikan penulisan majalah sebagai kerjaya sampingan dari rumah.
Ia
menguntungkan mereka sebagai seorang penulis bebas tanpa perlu
menjejaskan pekerjaan yang sedia ada.
Buku ini juga disusun khusus bagi mereka yang berminat mencipta
nama dan membina saluran kewangan bagi tujuan peribadi mereka.
Ia menggabungkan pelbagai jenis strategi berjaya
yang digunakan
oleh penulis-penulis bebas.
Menariknya, buku ini tidak memerlukan setiap pembacanya
mengikuti satu demi satu bab dari awal hingga akhir.
Buku
yang disusun dengan bahasa yang mudah dan contoh yang boleh
difahami ini memberi kebebasan kepada para pembaca memilih
mana-mana bab yang dikehendaki dan terus bertindak mengikut
keupayaan diri tanpa perlu bimbang daripada ketinggalan.
Naskah terhad, dapatkan sekarang!

5 SEBAB &
FAKTA mengapa buku ini mesti dimiliki untuk menjana wang untuk
anda.
Fakta 1

17 November 2007

Cari Duit Cara Mudah Sebagai
Penulis Bebas mendapat ulasan satu halaman penuh akhbar nasional
Berita Harian. Hanya buku yang bermutu sahaja mendapat ulasan
daripada akhbar nasional.

Fakta 2
Maklumbalas para pembaca
membuktikan buku Cari Duit Cara Mudah Sebagai Penulis Bebas
membantu mereka menulis secara bebas dan mendapat pembayaran
daripada penulisan mereka.
Berikut merupakan screenshot e-mel
daripada pembaca.
Artikel beliau diterbitkan 13 kali
berturut-turut


Saya ingin berkongsi mengenai
tulisan saya yang disiarkan oleh Utusan Malaysia bertajuk Miskin
Mangsa Pasaran Ekonomi Kapitalis pada 18 Jun yang lalu.
Jam 10 pagi pada hari yang sama wartawan Majalah Al-Islam
menelefon saya dan ingin maklumat lanjut berkenaan tajuk di atas
dan akan disiarkan dalam isu pebincangan untuk keluaran Ogos
2008. (satu makluman yang sangat menggembirakan saya sebagai
penulis baru di akhbar)
Setelah soalan dihantar melalui emel dan saya cuba menjawab
persoalan tersebut akhirnya hari ini setelah Majalah Al-Islam
keluaran Ogos 2008 ada di kedai terus saya belek. Subhanallah,
Alhamdulillah.
Kupasan itu memang benar-benar diambil untuk ruangan Isu bulan
Ogos 2008. Terasa ada kelainan berbanding penulisan artikel
kerana ia dikupas seolah-olah melalui temubual.
Hari yang bersejarah kepada saya, apatah lagi mengingatkan
betapa berkesannya buku tulisan saudara yang menghasilkan kesan
berganda. Terima kasih yang tidak terhingga buat saudara semoga
Allah sahaja membalas kejayaan saudara pada masa-masa akan
datang.
Wasalam
Rahisam Ramli
Pensyarah/Penyelaras Program Diploma Pengurusan dan Pentadbiran
Islam
Kolej Teknologi Islam Antarabangsa Melaka

Fakta 3
Perunding kewangan peribadi
nasional juga pembaca buku ini memberikan pandangan beliau
mengenai buku Cari Duit Cara Mudah Sebagai Penulis Bebas.
"Bagaimana
anda ingin mengenali potensi diri yang sebenar sebelum anda
menceburi? Ini di antara buku yang menyerlahkan potensi anda
yang sebenar.
Saya menyarankan kepada seluruh rakyat Malaysia
membacanya sekurang-kurangnya sekali seumur hidup walaupun anda
tidak suka menulis.
Ia adalah salah satu daripada mutiara yang
yang memberikan kita duit dengan amat mudah dan halal.
Ia
menjadikan angan-angan yang kabur bertukar menjadi realiti."
"Buku itu sememangnya best, nilai isi kandungannya dapat
menangung kos sara hidup anda sehingga ke hari tua"
Shamsuddin Kadir
Penceramah Kewangan Peribadi
Shah Alam, Selangor, Malaysia

Fakta 4
Saya
seorang OKU (Orang Kurang Upaya) yang mengalami kecacatan kekal
anggota fizikal. Akibat sukar bergerak dan bekerja di luar,
akhirnya saya mengambil keputusan untuk bekerja sendiri secara
kecil - kecilan bermula dari bawah.
Antara kerja saya ialah
menulis.
Pegangan saya sekarang ialah untuk berjaya kita perlu
ada duit. Bagi saya, duit bermaksud doa, usaha, ilmu, dan
tawakal.
Jadi, kita perlu ada ilmu jika ingin melakukan sesuatu kerja.
Setelah berusaha sekian lama, apa hasilnya tidak sebanyak mana,
saya terfikir di mana silapnya dalam penulisan saya.
Maka, semasa melayari satu laman web, iaitu laman web rasmi
PTS, saya tertarik dengan buku Cari Duit Cara Mudah Sebagai
Penulis Bebas.
Lalu, saya memiliki buku ini kerana mungkin ada
suatu yang belum saya ketahui.
Setelah membacanya, ternyata tidak sia-sia membelinya. Banyak
motivasi yang saya pelajari untuk menjadi penulis bebas.
Kerjaya
sebagai penulis bebas ini amat sesuai bagi mereka yang
menganggur di rumah terutama kepada golongan OKU yang sukar nak
mendapat kerja di luar.
Terima kasih kepada penulis, Zamri Mohamad kerana berusaha
menulis sebuah buku yang sangat berguna terutama kepada mereka
yang hendak berjinak-jinak hendak menjadi penulis bebas,
khususnya kepada OKU seperti saya.
Nasihat saya terutama OKU yang mengalami kecacatan kekal anggota
fizikal yang boleh menulis, dapatkan buku ini di pasaran
sekarang. Jangan terlalu mengharap untuk mendapat kerja dengan
orang, entah dapat entah tidak. Jangan buang masa dengan
menunggu sahaja tanpa sebarang faedah.
Beli segera, baca dengan teliti, amalkan langkah - langkah yang
diberikan dan berusaha dengan gigih. Jangan putus asa andai kata
artikel anda ditolak. Cuba lagi dan asah bakat penulisan anda
setiap hari. Selamat berjaya.

Fakta 5
Buku
Cari Duit Cara Mudah Sebagai Penulis Bebas adalah merupakan
antara buku yang saya berjaya dapatkan dan jadikan koleksi
untuk tahun 2007.
Kiranya, buku ini ibarat intan terpilih
bagi diri saya. Saya mempunyai cita-cita untuk menjadi
penulis yang baik sebaik saudara Zamri Mohamad.
Sejak saya mula menulis
di blog MotivasiKejayaan.Com saya mula merasakan sesuatu.
Saya mahu menulis dengan lebih serius, lantaran itu saya
mula mencari buku-buku yang boleh membantu saya memperbaiki
mutu tulisan saya.
Alhamdulillah saya berjumpa buku ini,
yang memberikan saya tunjuk ajar yang sangat mudah difahami.
Terima kasih kepada
saudara Zamri Mohamad kerana menjadikan impian saya untuk
menulis dengan lebih baik satu realiti.
Gaya penyampaian
buku ini membuatkan saya merasakan ibarat di dalam kelas
bersama-sama dengan Zamri Mohamad. Ia membuatkan saya rasa
amat istimewa.
Ibarat berguru secara berdepan. Alhamdulillah,
dengan berkat tunjuk ajar dan ilmu yang dibekalkan di dalam
buku ini, mutu penulisan saya bertambah baik.
Kalau anda belum
dapatkan, baik cepat sebelum terlambat!
Norakmal Jasni
Ampang, Selangor, Malaysia


Naskah terhad, dapatkan sekarang! |